Wednesday 20 April 2011

Pengalaman Haji 1

Semasa menunaikan haji pada tahun 2009, saya dapati ramai jemaah haji yang menggunakan khidmat package " ditipu" . Masa kat Malaysia, dijanjikan 4 orang satu bilik, bila sampai di Mekah,  6 orang atau lebih. Lepas tu penganjur kata pula "ini dugaan Allah". Ini bukan dugaan allah, sebenarnya mereka dah rancang dari awal lagi. Dia orang tahu yang kat Mekah tu kena kongsi beramai2. Soalannya, mereka patut cakap terus terang. Saya mengikuti package yang disediakan oleh "FIRDAUS UMRAH DAN HAJI", alhamdullilah dua orang satu bilik, biliknya besar yang boleh memuatkan 6 orang.
Tapi saya kasihan melihat kumpulan dari Klang, terpaksa kongsi 5 orang satu bilik. Janji 3 orang satu bilik. Yang lelaki pula terpaksa kongsi dengan grup Telok Intan dan tidor atas lantai (No space to move).

No comments:

Post a Comment