Thursday 21 April 2011

Masih politik lagi ?

Tak ada mood nak tulis. I think i want to buy some shares atau lebih elok baik jual saja. harga tengah naik, baik ambil untung sikit. Saya mula membeli shares pada tahun 2009 -  masa tu tak tahu nak buat kerja apa. Boring dok kat umah kalau tak ndak aktiviti. Asyik dok baca politik je, kesian kat Anwar. Semalam tanya kat Hubby, macam mana perasaan Anwar, dari muda sampai dah tua pun asyik kena fitnah?
Disini saya ingin tanya mantan PM Dr. Mahathir , ada kah tidor anda nyenyak, tidak kah terfikir oleh mu yang dunia ni sementara je? Usia kita dah meningkat, kubur pun dah lama tunggu kita. sudah - sudah le.
Saya ni bukan sokong Umno/PKR/Pas atau mana mana parti di Malaysia, but enough is enough. Jangan asyik dok suap kita dengan SeX Anwar atau hiburan je. Itu pasal anak anak muda  lebih suka dengan kehidupan bebas.Kalau tengok Utube, malu kita kat Allah bila tengok anak2 muda melakukan perkara yang dilarang olehnya.Masyaalah.

Wednesday 20 April 2011

Pengalaman Haji 1

Semasa menunaikan haji pada tahun 2009, saya dapati ramai jemaah haji yang menggunakan khidmat package " ditipu" . Masa kat Malaysia, dijanjikan 4 orang satu bilik, bila sampai di Mekah,  6 orang atau lebih. Lepas tu penganjur kata pula "ini dugaan Allah". Ini bukan dugaan allah, sebenarnya mereka dah rancang dari awal lagi. Dia orang tahu yang kat Mekah tu kena kongsi beramai2. Soalannya, mereka patut cakap terus terang. Saya mengikuti package yang disediakan oleh "FIRDAUS UMRAH DAN HAJI", alhamdullilah dua orang satu bilik, biliknya besar yang boleh memuatkan 6 orang.
Tapi saya kasihan melihat kumpulan dari Klang, terpaksa kongsi 5 orang satu bilik. Janji 3 orang satu bilik. Yang lelaki pula terpaksa kongsi dengan grup Telok Intan dan tidor atas lantai (No space to move).

Nephew and nieces

Bila saya mula bekerja, saya tinggal dengan kakcik (kak kedua) dan familinya. Dah tiga puluh berlalu. I luv my nephew and nieces as i watched them grew up tapi disebabkan "incident" ini berlaku, they never call/talk to me.
Apa yang berlaku ialah pada tahun 2009, ialah Mak, kak (kak sulung), kakcik dan suami pergi ke Tawau untuk berjumpa dengan anak saudara lelaki (Fazrin)- masa kecil sehingga tinkatan 1 di jaga oleh mak, ayah (meninggal), kak dan mamat (adik). Pergi ke Sabah, without telling me and acu(adik bongsu). Tidak tahu apa yang berlaku di Sabah, tapi bila balik sini, kakcik and suami melarang anak2nya berkomunikasi dengan saya dan famili. Bila saya dan suami nak pergi haji, mak dan kak suruh saya pergi minta maaf dengan kakcik dan suami. I told them that i did not do anything wrong so why must i ask for forgiveness from them, I should  asked  forgiveness from Allah.  Apa yang dia orang tak nampak ialah Fazrin telah bercakap bohong  mengenai saya dan ibubapanya. Harapan hari ini semoga Fazrin menyesali apa yang dia telah buat dan mohon Allah memberi hidayah padanya.
Sebenarnya apa yang ingin saya katakan ialah "JANGAN BAGI IBUBAPA  MENJAGA ANAK KITA:. Susah bila besar dia tak dengar dan tak hormati cakap kita.

Tuesday 19 April 2011

Politik Sarawak

Tak larat tengok muka KM Taib Mahmud. Mungkin dia rasa dia hidup lama lagi. Bolih rembat lagi tanah Sarawak. Ingat bila mati you just need 4ft x 6ft x 6ft dalam (kot).

Dirty politics in malaysia/ politi kotor kat malaysia

Saya tak faham le kenapa kat negara kita ni asyik disajikan politik kotor saja. Jadi tak heran le kenapa ramai  anak muda yang rosak akhlak dan bayi yang tak berdosa di buang.  Kalau tak hendak mengandung, jangan buat kerja terkutuk tu.
Ini semua salah politik saja. Mungkin ini perangai genarasi muda and i am old lady with old ideas. Dok sorang petang2 ni, emotional pula