Friday 27 September 2019

Sudah Bersediakah Kita ? .
كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ ۞
Setiap yang bernyawa pasti merasai mati.
Kematian itu tidak terkecuali.
Apa itu mati ? Mati adalah bercerai roh daripada badan. Tetapi kematian bukanlah pengakhiran dalam kehidupan di dunia. Kematian hanyalah proses sementara sebelum menunggu proses seterusnya iaitu alam akhirat. Persoalannya, sudah bersediakah kita untuk menempuhi kematian, menempuhi alam kubur yang juga dikenali sebagai alam barzakh ? Apakah nasib kita di alam sana ? Semoga kita tergolong dikalangan orang yang beriman. Allahumma ameen.
Berusahalah untuk mendapatkan tempat yang terbaik di alam akhirat. Masa 24 jam ini, manusia banyak meluangkan masa untuk dunia. Untuk keseronokan, untuk enjoy. Mana bekalan kita untuk akhirat ? Sudah cukupkah amalan baik yang kita korbankan untuk alam sana ? Wallahualam.
Yups, manusia sering tergoda, lalai dan leka. Itu memang lumrah. Tetapi, kita sebagai hamba Allah seringlah berdoa dan memohon keampunan daripada yang Maha Esa. Jangan jadi takbur dan sombong. Kurnian dan kejadian kita adalah sementara. Kita ini milik Allah. Kekayaan dan kemewahan ini semua pinjaman. Setelah Allah beri kita pinjaman ini, pernahkah kita bersyukur ? Bersama-sama kita bermuhasabah diri.
 Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat atau dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam taqwa ataupun maksiat. Kematian itu pasti mencari di mana sahaja roh berada.
"Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh."
                                              [Surah an-Nisaa' ayat 78]
Maksud firman Allah s.w.t :
"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun."
[Surah al-A'raf ayat 34]
[Surah an-Nahl ayat 61]

Tuesday 24 September 2019

Wasiat Nabi Muhammad s.a.w .

Wasiat Nabi Muhammad s.a.w .
Wasiat Rasulullah s.a.w kepada Abu Dzar Al-Ghifari. Dari Abu Dzar r.a, ia berkata :
“Kekasihku Rasulullah s.a.w berwasiat kepadaku dengan 7 hal iaitu :

1) Supaya aku mencintai orang-orang miskin dan dekat dengan mereka.
2) Baginda s.a.w memerintahkan aku agar aku melihat kepada orang yang berada di bawahku dan tidak melihat kepada orang yang berada di atasku.
3) Baginda s.a.w memerintahkan agar aku menyambung silaturrahimku meskipun mereka berlaku kasar kepadaku.
4) Aku dianjurkan agar memperbanyak ucapan :
" لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم"
(Maksudnya : Tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah s.w.t)
5) Aku untuk mengatakan kebenaran meskipun pahit.
6) Baginda s.a.w berwasiat agar aku tidak takut celaan orang yang mencela dalam berdakwah kepada Allah.
7) Baginda s.a.w melarang aku agar tidak meminta-minta sesuatu pun kepada manusia melainkan hanya daripada Allah s.w.t.
Moga bermanfaat ilmu yang dikongsikan hari ni. In sha Allah.
Assalamualaikum :)

Saturday 21 September 2019

Pesanan Imam Al Ghazali

Imam Ghazali = "Apa yang paling besar di dunia ini ?"
Murid 1 = "Gunung"
Murid 2 = "Matahari"
Murid 3 = "Bumi"

Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf : 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI"Apa yang paling berat di dunia ?"
Murid 1 = "Baja"
Murid 2 = "Besi"
Murid 3 = "Gajah"

Imam Ghazali = "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah s.w.t meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah s.w.t sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = "Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = "Kapas"
Murid 2 = "Angin"
Murid 3 = "Debu"
Murid 4 = "Daun-daun"

Imam Ghazali = "Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat."

Imam Ghazali = "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ?"
Murid-murid dengan serentak menjawab = "Pedang"
 

Imam Ghazali = "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.